GEORGE TOWN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MoA) menangguhkan Karnival My Best Buy Agropreneur Muda akibat penularan virus Covid-19.

Program itu telah dijadualkan berlangsung di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis  pada 13 hingga 15 Mac ini.

MOA menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat menyatakan keputusan itu dibuat selepas mengambil nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa supaya semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

“Penularan wabak Covid-19 ini yang berlaku di seluruh dunia telah dikategorikan sebagai pandemik dan disebabkan itu, pihak pengurusan MOA perlu mengambil langkah proaktif dalam mencegah penularan wabak ini demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga tani dan masyarakat sekeliling,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut menyatakan bahawa tarikh baharu untuk perlaksanan program Karnival My Best Buy Agropreneur Muda akan dimaklumkan kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast