ASUNCION – Legenda bola sepak Brazil dan Barcelona, Ronaldinho yang kini dipenjarakan di Paraguay atas kesalahan memiliki pasport palsu Paraguay didakwa tidak gemar dengan makanan yang diberikan dalam penjara tersebut.
Sebagai banduan, bekas pemain Barcelona itu dilihat melayan banduan lain dengan menurunkan autograf di baju mereka.
Ronaldinho diletakkan di Unit Khas Penjara Kebangsaan di Asuncion sementara disiasat kerana memasuki negara itu menggunakan dokumen palsu bersama abangnya.
Gambar baharu yang dirakam di dalam penjara unit khas yang direka untuk banduan kes profil tinggi menunjukkan dia menurunkan tandatangan di baju seorang banduan sementara warden penjara menunjukkan vest Flamingo yang mempunyai tandatangan ikon bola sepak itu.
Menteri Dalam Negeri Paraguay Euclides Acevedo mencadangkan bahawa Ronaldinho, 39, berpotensi bermain bola sepak yang dianjurkan di dalam penjara yang menawarkan hadiah seekor khinzir.
“Dia idola antarabangsa, tapi saya tak pasti sama ada dia akan bermain dalam aksi di penjara tetapi kami jangkakan ada ketegangan sedikit dalam kalangan banduan nanti.
“Lagipun dia tak suka makanan di dalam penjara kecuali roti dilapik dengan keju sahaja,” katanya.-MalaysiaGazette