tindakan sebuah kenderaan proton Gen2 yang melanggar lari tanpa henti sebuah motosikal berhampiran bulatan di Masjid Shah Alam pada kejadian 14 Mac lalu tular dalam media sosial bagi mengesan suspek.

KUALA LUMPUR – Pemandu Proton Gen2 yang terlibat dalam langgar lari membabitkan penunggang motosikal di bulatan Masjid Shah Alam sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku pada 14 Mac lalu, sekitar jam 4.09 petang di Bulatan Setiasa Jasa, Shah Alam.

“Mangsa penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dan masih belum membuat laporan polis.

“Siasatan masih diteruskan dengan mengesan suspek melalui rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Satu pasukan khas dari trafik IPD Shah Alam diwujudkan untuk kesan suspek,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah beliau, kertas siasatan dibuka ke atas suspek berhubung kejadian itu di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Mohon kerjasama dari orang awam jika mendapat maklumat lanjut untuk hadir ke Balai Polis Trafik IPD Shah Alam atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Hasrul di talian 01131215697,” tegasnya.

Terdahulu video insiden itu yang dirakam oleh seorang lagi pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Kejadian yang tular di media sosial itu menerima kecaman dala kalangan netizen yang mahu pemandu berkenaan dicekup dan dikenakan hukuman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast