Selepas pembelian panik topeng muka dan cecair basmi kuman atau Hand Sanitizer, kini rakyat negara ini beralih kepada pembelian panik barangan keperluan keluarga seperti makanan dan lain lain keperluan rumah ekoran tular kenyataan mengenai pengumuman palsu negara akan melalui perintah berkurung atau lockdown berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Tinjauan Malaysia Gazette ke sebuah pasaraya di ibu kota mendapati rak rak barangan tersebut sudah hampir kosong ekoran tercetusnya belian panik dalam kalangan penduduk.