LONDON – Kejohanan bola sepak berprestij Eropah iaitu Euro 2020 akhirnya sah ditunda ke Jun 2021 ekoran pandemik ganas, Koronavirus 2019 (Covid-19).
Badan Kawalselia Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat keputusan itu dalam sidang video tergempar bersama beberapa pemegang taruh utama bola sepak pada Selasa.
Kejohanan berprestij di benua Eropah itu pada asalnya dijadualkan berlangsung antara 12 Jun hingga 12 Julai musim ini.
Kini ia ditunda selama setahun ke tarikh baharu yang telah ditetapkan iaitu pada 11 Jun hingga 11 Julai 2021.
Penundaan temasya ke tahun hadapan menyediakan peluang kepada majoriti liga di benua Eropah yang tergantung selama ini boleh dilengkapkan sepenuhnya.
UEFA berkata pihaknya mahu mengelak sebarang tekanan tidak sepatutnya dalam perkhidmatan awam kesemua 12 negara di bawah Eropah.
Sebaliknya mencari langkah penyelesaian untuk menamatkan segala liga dengan sempurna tanpa sebarang pertindihan atau masalah.
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata kita diambang dunia sukan yang dicintai dan dianggap sebagai sebati kehidupan setiap insan di dunia ini.
“Kita tidak mahu mengecewakan mereka di samping mengutamakan keselamatan kesihatan mereka.
“Kesihatan pemain, kakitangan kelab serta peminat bola sepak adalah keutamaan kami dan kami memilih beberapa opsyen untuk melengkapkan saingan musim ini secara selamat.
“Saya bangga dengan reaksi dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua 55 anggota kelab bola sepakk Eropah yang mahu menjayakan musim ini dengan sempurna,” katanya.-MalaysiaGazette