Dewan Negeri Selangor hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berkata, persidangan kali ini terpaksa dipendekkan dari dua minggu kepada dua hari bagi selepas semua ahli Dewan Negeri Selangor sebulat suara untuk mematuhi arahan itu.
“Persidangan kali ini sebenarnya kita jadualkan dua minggu tetapi oleh kerana berlaku keadaan di luar kawalan, di mana penularan Covid-19 semakin kritikal dan menjadi pandemik.
“Semalam Perdana Menteri mengumumkan langkah-langkah dan sekatan terbaru, hari ini kita semua ahli Dewan sama ada Kerajaan mahupun pembangkang bersetuju dan bersefahaman untuk kita ringkaskan persidangan “Bahkan mereka tidak ambil banyak bahagian dalam perbahasan dan oleh kerana itu kita dapat pendekkan setengah hari untuk ditangguhkan dewan,” katanya pada sidang media di lobi bangunan Annex, di sini, hari ini.