Tag: Sidang DUN Selangor.
Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS...
Mohd Najwan berpandangan amalan itu tidak seharusnya berterusan kerana penganjuran temasya sukan terbesar negara itu wajar mendapat sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dinikmati negeri-negeri tuan rumah sebelum ini.
Azmizam mahu peranan MAIS diperjelas, elak pertindihan bantuan agensi lain
“Saya mengalu-alukan jika ada lagi agensi yang tampil membantu rakyat tetapi konsep pelaksanaannya perlu diperjelaskan kerana zakat membantu orang Islam, MAIS juga untuk orang Islam," kata ADUN Pelabuhan Klang itu.
ADUN Sungai Panjang tarik balik kenyataan selepas diarahkan Speaker
Weng San berkata, beliau membuat keputusan itu selepas meneliti rakaman video dan catatan dalam draf Hansard berhubung kenyataan yang dibuat Mohd Razali ketika sesi perbahasan kira-kira pukul 4.10 petang semalam.
Seri Banting kekal produk pelancongan warisan, kerja konservasi dihentikan
Menurut Borhan, walaupun kerja-kerja konservasi asal tidak diteruskan, kerajaan negeri tetap mengiktiraf nilai sejarah dan warisan Kapal Korek Seri Banting yang wajar dipelihara.
Dakwaan wakil rakyat kerajaan tidak serius cetus kekecohan di DUN Selangor
Suasana dewan semakin panas apabila beberapa wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bangun serentak mempertahankan pendirian masing-masing sehingga mencetuskan pertikaman lidah dan menyebabkan perbahasan rang undang-undang itu tergendala hampir 15 minit.
Semua ADUN perlu patuhi peraturan tetap, elak sentuh prosiding mahkamah
Semua ADUN perlu memastikan setiap hujah dan pandangan yang dibangkitkan dalam Dewan sentiasa berpandukan peraturan tetap yang berkuat kuasa.
Hospital Pakar Selgate Sepang dijangka dibuka hujung tahun
Bagaimanapun ia tertakluk kepada proses pemeriksaan dan kelulusan lesen operasi oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan Kementerian Kesihatan.
Selangor perluas Program Kesedaran Mental Remaja ke seluruh negeri – Exco
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, keputusan mengenai peluasan program itu bagaimanapun akan dibuat selepas laporan penilaian keberkesanan projek rintis yang sedang disediakan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dijangka siap pada September ini.
Lebih 8,300 pekerja mahir di Selangor dalam transisi kerjaya – Paparaidu
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), seramai 3,733 lagi terdiri daripada tenaga buruh separa mahir manakala 2,699 adalah tenaga buruh kurang mahir.
Sidang DUN Selangor dipendekkan kepada lima hari
Persidangan yang sepatutnya berlangsung selama sembilan hari dari 13 hingga 17 Mac dan 20 hingga 24 Mac ini telah disingkatkan kepada lima hari yang berakhir Jumaat lalu.
















