Logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan Tabung Prihatin Covid-19 bagi memberi bantuan
kepada pihak yang memerlukan.

Tabung ini diwujudkan untuk mengumpul sumbangan dana orang ramai bagi memenuhi keperluan bekalan makanan kepada kakitangan perubatan dan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi sekitar Lembah Klang serta pelbagai bentuk sumbangan keperluan am yang berkaitan, kata Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar.

Selain itu juga, sumbangan melalui tabung ini bertujuan untuk membeli peralatan perubatan dan membantu mereka yang terkesan atas penularan virus Covid-19.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang berhasrat menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui aplikasi atas talian di http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Semua sumbangan terhadap Tabung Prihatin COVID-19 MAIS akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan nombor rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.5621 dan No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast