KUALA LUMPUR – Seandainya ada mana-mana individu yang mempunyai kontak dengan rapat dengan yang disahkan positif wabak Covid-19, mereka digesa untuk segera mengisytihar.
Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Fadhillah Yusuf, seandainya sudah mempunyai kontak rapat seharusnya memberitahu kakitangan hospital sebelum menerima apa-apa rawatan.
Kata beliau, ini kerana para pekerja hospital seperti doktor dan jururawat mungkin akan terdedah dengan terbuka sehingga risiko terjangkitnya Covid-19.
“Jika anda ke hospital atau klinik, anda perlu mengisytiharkan diri anda sudah mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19. Ini akan membantu front liners seperti doktor dan jururawat pada masa itu.
“Kegagalan kamu itu boleh boleh menyebabkan mereka-mereka ini berisiko terkena jangkitan Covid-19 sekali, jadi saya mohon untuk kamu sejurus tiba di hospital dengan segera isytihar.
“Jika tidak, pihak polis bukan sahaja boleh menangkap sebaliknya boleh mendakwa anda, denda mahupun penjara kerana tindakan itu boleh menyebabkan risiko kepada orang lain,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.
Kata Fadillah lagi, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang keperluan selepas ini.
“Hanya keluar jika ada keperluan, hanya ketua keluarga membeli barang, tidak boleh yang lain sekali dengan kamu.
“Hanya bawa jika ada keperluan dan perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa. Atas budi bicara itu, ianya dibenarkan jika tidak tindakan tegas akan diambil,” tegasnya. –MalaysiaGazette