Permandangan udara menunjukkan keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman yang lengang semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berikutan jangkitan wabak Covid-19 koronavirus di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MAC 2020

Ramai yang berpendapat kaedah China melaksanakan “Lockdown Draconian” antara punca kejayaannya mengawal kes jangkitan wabak Covid-19 daripada terus merebak dan kerajaan boleh meniru langkah tersebut.

Walaupun menjadi negara punca wabak dengan jumlah kematian mencecah 3,200 orang namun rekod kematiannya telah dikalahkan oleh Itali yang sudah melebihi 4,400 orang.

Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM, Shahrin Hashim berkata, kejayaan China disebabkan perintah darurat yang keras walaupun pada pada awalnya China tidak menganggap Covid-19 sebagai satu epidemik atau pandemik atau penularan virus.

“Sejak awal lagi majoriti rakyat China sudah tertanam dalam kepala mereka menerima virus ini dan mencari jalan melakukan apa sahaja untuk menghindarinya. Tanggapan sosial masyarakat yang telah berubah.

Tambahnya, kini China menyeru dunia mengikut langkahnya yang melaksanakan perintah darurat secara diktator (keras dan tegas) selain menghantar bantuan pakar dan staf ke Itali bagi membantu.

“Dianggap drakonian kerana rumah yang penghuninya dijangkiti dan dikuarantin akan dikunci dari luar, hingga pihak berkuasa mengacu senjata api hendak menembak sesiapa yang degil. Langkah yang diikuti oleh Korea dan Filipina.

“Tangkap dan heret rakyatnya yang degil masih berkeliaran di luar dan sebagainya. Keras tetapi China menubuhkan hospital segera, khas (dalam masa kurang 10 hari) dengan beribu katil untuk menampung pesakit.

“Bagaimanapun kini China dihantui semula peningkatan semula kes apabila pelajar dan ekspat mereka baru pulang ke tanah air walaupun Wuhan telah diisytihar sifar jangkitan” katanya.

Tambah beliau, jumlah kes di Itali sudah mencecah 50, 000 orang yang dikatakan perintah daruratnya mirip Perintah Kawalan Pergerakan seperti Malaysia, yang sangat lembut dan longgar.

Di Malaysia pula penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan. Dan dalam keadaan ini, timbul cakap-cakap menyalahkan kerajaan yang baru dibentuk mengumumkan pembentukan Kabinet pada 9 Mac lalu selepas mengambil-alih tampuk pemeritahan daripada Pakatan Harapan.

“Dalam tempoh dua minggu ini rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi amat sengsara, mereka hilang pendapatan gara-gara kesilapan kerajaan terdahulu (PH) yang tidak sekat awal sebelum berlakunya seperti hari ini.

“Kini pemimpin mereka menuduh pula kerajaan baru Perikatan Nasional lambat bertindak?

“Malaysia negara paling lambat sekat kemasukan di Asia Tenggara dan kes jangkitan terbanyak iaitu lebih 1,000 kes dengan rekod terkini sembilan kes kematian berbanding kes jangkitan negara lain di rantau ini. Wartawan yang memberikan amaran seawal 26 Februari pula yang didakwa,” katanya.

Shahrin berkata tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani wabak adalah betul dan tepat, walaupun masalah berpunca dari kerajaan PH terdahulu yang tidak menghalang kemasukan dari China.

Beliau juga menyarankan kepada kerajaan supaya meningkatkan kecekapan komunikasi dengan rakyat supaya rakyat di mana sahaja dapat memahami apa sebenarnya yang kerajaan sedang laksanakan.

Kebanjiran orang ramai di pusat-pusat perniagaan setiap hari biarpun selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan menunjukkan masih ada ruang untuk memperbaiki komunikasi antara kerajaan dan masyarakat.

Katanya, jangan diulang kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu yang dilihat melaksanakan keputusan syok sendiri sehingga merenggangkan hubungan antara rakyat dan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Mmg salah kerajaan PH membenarkan warga china berpusu2 masuk membawa virus c19… Mmg patut runtuh nya kera jaan PH…

  2. Kpd penulis, semak dulu lah. Video Muslim tunaikan solat beramai2 tu bkn video terkini. Video tu tahun 2018 lagi dah ada. Mmg China galakkan pd masa tu utk tunjukkan kpd dunia, kononnya mereka x menghalang Muslim solat, di kemuncak kes Uighur. Xde kena mengena langsung dgn Covid 19.

    Agak memalukan bila dgn mudah tertipu dgn benda2 mcm tu. Tabayyun lah dulu…

  3. Ape2 pn jgn salahkan kerajaan PH ke PN ke, salah pada dri sndri yg memangkah, kmu sndri yg pilih. Kerajaan yg dh berpuluh tahun memerintah ok je. Cuba lihat negara lain, apabila bertukar kerajaan je jd masalah. Fikir2 la. Pemerintahan kerajaan bolih cuba2 dlu. Nk test tngok kerajaan baru. Ini la yg jd.

  4. Bila pemimpin berkhianat maka pengikut juga sama kaki laknat.
    Cuba lah kaji dulu gelombang ke 2 ni siapa yg terlibat.
    Masa ph masih kerajaan.
    Ph berjaya membendung wabak ini merebak.
    Dr zul & tpm setiap masa & ketika membuat tinjauan, kerja tanpa jemu.
    Masa cuti pun mereka buat mesyuarat.
    Masa tu juga jemaah kabinet adalah terdiri dari pemimpin2 kanan dalam kerajaan baru ini juga.
    Yang pasti Tiada kematian.

    Bila kerajaan baru (khianat) ambil alih.
    Dah jadi beribu mangsa.
    Dah melepasi sepuluh yg mati.

    PM tanpa tpm serah kan pada menteri kanan.
    Sementara menteri kesihatan air suam lebih banyak serah kan sidang media kepada pengarah kkm.
    Padahal negara dalam keadaan yg amat kritikal.

    Yak malu ke pemimpin kerajaan pengkhianat nasional ini kepada YDPA.
    Ydpa turun kejalan.
    Buat sidang media hari-hari.
    Permaisuri pula sedia kan makanan kepada petugas.
    Inilah pemimpin yg berjiwa rakyat.
    Ambil berat dgn rakyat.

    Pm main golf.
    Menteri-menteri menyorok
    Apasalah nya bantu rakyat.
    Yg tak ada bekalan makanan.
    Yang tak ada bekalan penutup mulut @ pencuci tangan@handsanityser.

    Bak kata orang tua-tua.
    Menyalahkan orang lain sangat mudah.
    Bila dah kena batang sendiri, barulah tahu langit ni tinggi rendah.

    Jangan berjiwa hipokrit.

    Bak kata ulama pas.
    Haram gaji mana-mana YB yg lompat parti.
    Haram juga bagi makan minum anak bini.

  5. Maka ramailah cerdik pandai melayu yg menagih utk menjadi profesor2 kangkung yg sesuai dgn zamannya…

  6. En.arif abd muluk..klu betui nk cr salah, aku nk letak kesalahan ni kt menteri2 bodoh PH dulu..WHO dh warning,kerajaan bongkak PH masa tu bidas blk WHO..yalah, cerdik terlebih..tp, asik nk mengungkit kesalahan ja, xkn setel mslh yer tak?..ko phm x mcm mn MKN tu bertindak?..atau ko nk mcm PH dulu?..dh bersilang2 menteri bercakap

Comments are closed.