Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang akhbar bersama bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang ketika itu bercakap tentang tiada sebarang sekatan dikenakan terhadap kemasukan pelancong yang sihat ke negara ini.

LIM Kit Siang sepatutnya telah memenuhi janjinya untuk bersara dari politik jika Dr Mahathir tidak menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Satu dunia sudah tahu Mahathir meletak jawatan tanpa membuat peralihan kepimpinan kepada Anwar seperti yang dijanjikan.

Malangnya Kit Siang seperti Mahathir tidak mungkin melaksanakan janjinya. Kini supremo DAP ini tampil pula menyarankan Kerajaan meminjam sementara mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad bagi membantu usaha mencegah Covid-19.

Saranan ini sebenarnya usaha terdesak Pakatan Harapan untuk menunjukkan mereka lebih cekap dalam mengurus negara.

Saya fikir hanya orang malas membaca akan percaya kerajaan lalu telah menjalankan tugas dengan cekap mengawal wabak Covid-19.

Berleluasanya wabak Covid-19 berpunca daripada kegagalan kerajaan lalu mendengar nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan saranan-saranan parti pembangkang ketika itu.

Pada hujung Januari 2020, pemimpin UMNO mencadangkan visa pelancong untuk warga China digantung buat sementara waktu. Namun Menteri Pelancongan ketika itu menyatakan kita tidak boleh menghalang kedatangan pelancong China yang sihat.

Dalam sidang akhbar tersebut kelihatan Dr Dzulkefly sendiri hadir dan tersengih-sengih gembira.

Malah kita tidak boleh melupakan kenyataan Dr Dzulkefly yang memandang remeh peringatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Februari 2020,

Ketika itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bagi Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai telah menasihati Malaysia untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran virus yang lebih luas.”

Apabila ditanya wartawan mengenai nasihat itu Dr Dzulkefly menyatakan dakwaan jangkitan COVID-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.

Menteri Kesihatan itu juga menyifatkan Dr Takeshi mungkin menyebabkan berlakunya kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. (https://www.bharian.com.my/…/covid-19-di-malaysia-masih-ter…)

Sangat menyedihkan ketika seluruh dunia cemas dengan Covid-19, Menteri Kesihatan ketika itu memberi isyarat sambil lewa kepada rakyat dan kerajaan.

Malah sehingga penghujung Februari 2020 langsung tidak usaha mengetatkan pemeriksaan kemasukan pelancong asing dan menyenaraihitamkan negara-negara yang sedang mengalami pandemik ini.

Malah tiada saranan self-quarantine, mahu pun melarang rakyat negara ini ke negara-negara yang berisiko tinggi seperti China, Korea Selatan dan Eropah.

Kemuncaknya Ijtimak Tabligh 2020 berlangsung pada 27 Februari 2020 dihadiri oleh berbelas ribu orang, termasuk hampir seribu peserta dari luar negara.

Program ini bukan dirancang sehari dua, namun tidak ada sepatah larangan mahu pun teguran dari Menteri Kesihatan ketika itu sehinggalah Dr Mahathir meletak jawatan pada 24 Februari 2020.

Menyalahkan krisis politik pada 22 Februari 2020 adalah sangat tidak masuk akal kerana amaran-amaran mengenai Covid-19 telah berlarutan hampir dua bulan dan kerajaan ketika itu mengambil sikap sambil lewa.

Jadi maaflah, cadangan untuk menerima Dr Dzulkefly semula adalah satu yang tidak munasabah, kerana semua bermula dari kegagalan beliau menasihati kerajaan sebelum ini untuk mengambil langkah pro-aktif menyekat penularan wabak ini.

Cukuplah menjual mimpi dan ilusi kehebatan Menteri Kesihatan yang menutup sebahagian besar Klinik 1Malaysia hanya atas sebab politik partisan.

— Tulisan ini adalah pandangan penulis yang disiarkan di laman Facebook dan dikongsi di portal MalaysiaGazette dengan izin.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

13 Komen

  1. Posting ini ditujukan khusus buat DSAI yang meroyan minta TSMY n KK buat itu ini. Masa PHaruupun dulu nuaq dok buat apa… Jangan dok sibuk berangan nak jadi PM je.

  2. Semua pengamal perubatan seluruh dunia masih dalam “learning curve” dalam memahami penyakit baru bawaan Chinese Virus ini!

    Tak usahlah ada doktor pakar pakatan hancing yang terlebih pakar dari yang lainnya! Lagipun penyakit baru ini bukan bidang kepakaran sesetengah mereka!

    Ramai yang nak termuntah!

  3. Nak pinjam anak ko Menteri Kewayangan bebal tu kejap boleh ka? Senang nak buat hutang…bodoh punya Kit Siang

  4. Dr Dzul and Adham Baba? Aku setuju Dr Dzul lebih layak terajui KKM. Krisis skrg memerlukan Menteri Kesihatan mcm dia, bukan menteri kasi-hentam dgn lawak dan air suam beliau.

    • fikir keuntungan pelancong cina sebab tu ada cobid19 di msia , covid di malaysia punca dari kerajaan dahulu

  5. Kepada lahant2 ni
    1) Tolong duduk dalam rumah .
    2) Tolong diam , bila cakap orang menyampah dan naik meluat.
    3) Tolong jangan tunjuk bodoh sangat2.
    4) Tolong jgn beritakn apa dia org ni ckp. kang dgn MG sekali aku menyampah…

  6. Dh kenapa jd slh plak kena minim air suam?..itu antara ikhtiar yg bleh org rmi buat..mmg xada ubat pn utk buat masa ni

  7. Kalau nak menteri kesihatan yang bagus, Dr Subramaniam pun bagus, zaman dia negara dapat di bendung HIN1, SARS dan macam-macam.

  8. La ni zaman PN. Jadi biarlah kerajaan PN yg urus negara. Kerajaan bawah PH dah terbukti gagal urus negara. Membiarkan kemasukan ratusan ribu pelancong dari china dgn ” membreakdownkan” sistem di KLIA kerja sapa? Knp menteri pengangkutan masa tu x bersungguh2 siasat? Punca covid19 merebak ke negara kita adalah krn kedangkalan dan kejahilan kerajaan ph urus negara. Jd..x pyhlah nk tunjuk pandai. Dr. Zulkifli dll pemimpjn ph..dok diam2 dirumah. Tok m…sambil kuarantin diri, boleh main dgn cucu. Tun pun dah lama x bermesra dgn depa. LKS..x pyh meroyan sgt. Kau tu dah tua kutuk.

  9. Perkara ini semua berlaku akibat kesombongan, kebodohan dan kedegilan kerajaan PHD4PIG sblm ini yg hanya pentingkan nama darjat dan keuntungan semata2 dan x memahami serta mengambil kira pandangan dr mereka2 yg lebih peka dan mengambil berat sesuatu perkara demi keharmonian negara dan rakyat..Bekas Perdana Menteri Dati Seri Najib Tun Razak telah menyarankan agar tindakan diambil ttp mereka masih degil dan x mahu ambil kesah saranan DSN…akhirnya rakyat yg x bersalah menjadi mangsa kedegilan kerajaan yg dipimpin oleh Mahathir yg dh x releven lg di masa kini..

    • fikir keuntungan pelancong cina sebab tu ada cobid19 di msia , covid di malaysia punca dari kerajaan dahulu

  10. Dr.zul tak payahlah menjual diri anda pada kerajaan sekarang.Kata orang,hidung tak mancung pipi yang tersorong sorong. Andalah menteri ph.yg.telah menyebabkan kan Covid-19 terus merebak hingga sekarang. Lepastu nak jadi hero sekarang ni. Hang tu Terra sangat Ker?.Ahli2 sains perubatan dunia pun masih belum dapat selesaikan virus ini,ini kamu pulak nak melawak. Tak malu ke ditertawakan oleh doktor2 pakar lain. Soalannya Apa yang kamu boleh buat?. Ngabiskan boreh jer.
    Kerajaan Sekarang pun masih ada doktor2 pakar yg.boleh menolong negara dar ancaman Covid-19 ini.Duduk rumah diam2 jangan keluar kemana2, stay at home.

Comments are closed.