Gambar hiasan
KOTA BHARU- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual esok selama empat hari, ditangguhkan ke bulan April, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub.

Beliau berkata, penangguhan itu diputuskan oleh kerajaan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 hingga 31 Mac ini.

“Kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan persidangan DUN pada 12 dan 13 April ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast