PUTRAJAYA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bersidang bagi menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan atau perlu dilanjutkan lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut akan dibuat bersandarkan data-data serta pemantauan teliti yang dibuat sepanjang PKP diaktifkan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini.

“Sebelum tempoh tamat (pada 30 Mac) MKN akan bersidang untuk menentukan sama ada langkah yang diambil sepanjang tempoh dua minggu ini memadai atau perlu dilanjutkan kepada seminggu atau dua minggu lagi.

“Kita akan kaji dan muktamadkan nanti,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pelaksanaan PKP yang sudah memasuki hari keenam, Muhyiddin berpendapat pematuhan sudah semakin baik walaupun mencapai tahap 100 peratus.

“Laporan yang diterima daripada lapangan mendapati hampir 90 peratus telah mematuhi PKP namun masih terdapat ramai yang masih tidak patuh.

“Dari satu sudut PKP ini berkesan tetapi kita harap pergerakan-pergerakan tersebut boleh ke paras paling minima,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast