Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LIMPUR – Rakyat Malaysia diharap dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang dua minggu ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najimil Mohamed Aris berkata, ini kerana pada waktu musibah pasti ada hikmah yang muncul.

“Duduk bersama keluarga di rumah kita dapat menggantikan masa yang telah hilang akibat terlalu sibuk bekerja sebelum ini,” katanya di laman Facebook miliknya.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu turut menyenaraikan pakej percuma atau promosi untuk rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP ini.

1. Astro : Akses percuma kepada semua saluran filem di Astro dan Astro GO.
2. Celcom: Akses penggunaan WhatsApp percuma tanpa had (sembang, panggilan suara & video).
3. Iflix: Juga percuma dan hanya perlu download untuk tonton.
4. Foodpanda: Promosi sehingga RM15 untuk pesanan makanan.
5. Grabfood: Guna promo kod FREEDEL.
6. GoShop: Ada juga promosi sehingga 30% dan penghantaran percuma.
7. Watson: Diskaun sehingga 50% dan ada penghantaran sekali.
8. Starbucks: Beli satu percuma satu.
9. KFC: Guna sahaja promo kod JIMAT10.
10. SushiYa: Beli satu set, percuma satu set. Boleh order melalui Whatsapp.
11. Marrybrown: Banyak baucar dan promo untuk makanan sedap-sedap.

“Saya jumpa promosi ini di Twitter Promo & Sales Malaysia https://twitter.com/promo_malaysia. Dengan kita bertenang di rumah dan bersama keluarga, kita telah banyak membantu pihak kerajaan dalam menangani wabak ini,” tulisnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast