KUALA LUMPUR – Pelakon Eina Azman menyangkal tuduhan dia membuat pembelian panik sehingga memborong barang sehingga enam troli ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebaliknya Eina berkata, dia bukan sahaja membeli untuk keluarganya sendiri tetapi turut membantu membeli barang keperluan untuk ibu dan adik iparnya.
“Pertama, saya memang membeli sampai enam troli sebab beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak dan adik ipar yang berkeluarga besar-besar.
“Jadi apa masalahnya? (Adakah) Saya tak fikir (pasal) orang?” tulisnya di Instagram.
Dia mendakwa demikian di akaun Instagram seorang selebriti dan turut menanda Eina di komennya.
Mengulas lanjut, Eina menegaskan dirinya bukanlah mementingkan diri sendiri seperti yang didakwa.
Tambahnya, dia seorang yang tidak berkira untuk membantu sesiapa saja yang berada dalam kesusahan terutama ketika tempoh PKP.
“Kalau saya tak fikir orang lain, saya takkan beri bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin (PKP).
“Maaf bukan nak riak atau apa. Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama.
“Justeru, jaga hal sendiri. Jangan hanya nak mengata dan bercerita hal orang,” katanya. – MalaysiaGazette