Gambar Hiasan.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob membayangkan kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri ini pada tahun ini.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan negeri belum memutuskan secara muktamad berhubung perkara itu dan akan menelitinya berdasarkan keadaan semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Kerajaan negeri belum memuktamadkan perkara itu namun buat masa ini, kita berpendapat tiada bazar Ramadan akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata kerajaan negeri akan melakukan operasi pembersihan di pasar-pasar basah di bandar Kota Bharu bermula esok selari dengan saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Setakat ini, kita masih menggunakan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan pembersihan itu namun jika ada keperluan mendesak, kita akan guna khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pula,” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast