TERKINI : KKM Akan Beri Nasihat dan SOP Yang Betul Panduan Nyah Cemar – Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berkomunikasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan majlis-majlis daerah dalam usaha melaksanakan proses nyah cemar di kawasan-kawasan dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, terdapat pelaksanaan lebih awal dilakukan oleh pihak berkenaan sebelum mendapat garis panduan pelaksanaan daripada KKM.

“Apa yang kita hendak katakan di sini adalah kita nak ucapkan terima kasih kepada DBKL dan KPKT dan majlis daerah kerana membantu KKM untuk lakukan nyah cemar tetapi kita kena lihat bagaimana kita boleh ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) KKM apa yang patut dibuat dan apa yang tidak dibuat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast