TERKINI : Pemilik Butik Bakal Hilang 2,000 Tempahan Baju Melayu

Penularan wabak Covid-19 di negara ini kini memberi impak yang besar terutama kepada golongan usahawan apatah lagi bagi bisnes jahitan dan tekstil yang sentiasa mendapat permintaan tinggi menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagi pemilik Butik Dzulldeclassique, Zulkifli Rahmat, 43, walaupun akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan namun dia mengakui perlu mencari rezeki demi menyara keluarga dan kakitangannya.

Jelas bapa kepada tiga anak itu, suasana suram amat dirasai ketika ini berbanding waktu sama tahun lalu apabila orang ramai sudah sibuk datang untuk menempah baju Melayu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast