KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hari ini dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah
Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, hari ini.
“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri,” kata PMO.
Hadi pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Ahli Parlimen Marang itu juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.
Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Beliau pernah tersenarai sebagai atara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016. – MalaysiaGazette