Ratu Elizabeth sedang berbual dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Jumaat 27 Mac lalu mengenai perkembangan Covid-19.

LONDON – Ratu England Elizabeth dijangka menyampaikan perutusan khas kepada rakyat England esok bagi mengangkat moral dan semangat rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19.

Perutusan pertama beliau dalam televisyen itu dijangka berkaitan dengan usaha  memerangi Covid-19 dan bersama-sama akan melalui saat-saat getir.

Ini adalah kali kelima ratu berusia 93 tahun itu akan menyampaikan perutusan kepada umum secara langsung selain Hari Krismas.

Perutusannya telah dirakam di Kota Windsor tempat yang mana beliau diisolasikan bersama suaminya, Raja Philip yang kini berusia 98 tahun.

Perutusan khas mengenai kematian Diana oleh Ratu Elizabeth pda 1997.

Berita itu menyusul selepas United Kingdom (UK) mengumumkan 684 kematian tambahan Covid-19 pada Jumaat lalu sekaligus mengangkat jumlah kematiannya kepada 3,605 orang.

Ia merupakan angka tertinggi kematian dalam tempoh sehari yang pernah direkodkan UK kali ini.

Semalam, sebanyak 569 kes kematian direkodkan oleh Jabatan Kesihatan di UK dan statistik hari ini menunjukkan 20 peratus peningkatan dalam kadar kematian akibat Covid-19.

Sebelum itu, Ratu Elizabeth pernah menyampaikan perutusan kepada umum untuk empat berita penting iaitu Perang Teluk, kematian Puteri Diana, kemangkatan ibu beliau dan jubli intan pemerintahannya.

Data terkini perkembangan Covid-19 di UK.

Istana Buckingham juga tidak mahu mengulas mengenai kandungan perutusan khas yang akan disampaikan oleh ratu esok yang akan disiarkan langsung pukul 8 malam waktu tempatan.

Twitter rasmi The Royal Family ratu berkenaan dalam Twitter rasmi memaklumkan bahawa Ratu akan menyampaikan perutusan khas itu yang akan disiarkan dalam televisyen dan ia juga akan disiarkan dalam radio serta rangkaian media sosial @RoyalFamily.

Namun Daily Mail di UK difahamkan beliau akan memberi penekanan kepada semangat bersatu, menonjolkan ketaatan dalam menghadapi kesukaran dan memerangi Covid-19.

Ratu juga dijangka akan menyentuh mengenai semua pegawai dan kakitangan kesihatan termasuk barisan hadapan UK yang sedang berusaha siang malam tanpa rehat secukupnya untuk memerangi virus maut itu.-MalaysiaGazette