KUALA LUMPUR – Yayasan AirAsia melancarkan tabung bantuan digital umum sebagai sebahagian daripada kempen #InThisTogether untuk membantu komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kempen itu ermula hari ini hingga 30 April 2020.

Semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan SEED dan Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga Orang Asli, komuniti gelandangan dan pelarian.

Yayasan AirAsia juga membantu perusahaan sosial mereka dan anggota komuniti yang kebanyakannya kehilangan punca sara hidup akibat sekatan pergerakan yang dikenakan di seluruh rantau ini.

Sumbangan boleh dibuat di laman web Yayasan AirAsia di https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay melalui pemindahan wang daripada aplikasi kewangan tersebut kepada AirAsia Foundation atau melalui Pemindahan Wang dengan Bank Tempatan (bermula 6 April 2020).

Yayasan AirAsia telah menyokong pelbagai organisasi untuk memberikan bantuan kepada komuniti dalam krisis.

Sejak tahun 2013, yayasan ini telah menyumbang lebih RM14 juta untuk menyokong program pemulihan dan pemuliharaan bencana selepas Typhoon Haiyan (2013), banjir di Malaysia (2014), gempa bumi di Nepal (2015) dan tsunami di Palu (2018). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast