Logo Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan beberapa perkhidmatan perniagaan untuk beroperasi pada Isnin dan Khamis.

Langkah itu bagi memenuhi keperluan pengguna sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa ketika ini.

Dalam satu kenyataan MBSA memaklumkan, perkara itu selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meminta orang ramai mematuhi peraturan ketika berurusan dengan mempraktikkan jarak sosial, memakai penutup muka serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Perkhidmatan perniagaan itu adalah premis menjual baja dan racun, makanan haiwan, perkakasan serta menjual alat ganti jentera pertanian dan industri dengan waktu urusniaga bermula jam 8 pagi hingga 4 petang,” demikian menurut kenyataan itu.

Justeru orang ramai yang ingin mendapatkam sebarang maklumat, boleh berhubung dengan bilik gerakan Covid-19 di talian 03-5522 2702/2800/2821/2820 (9 pagi hingga 4 petang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast