Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah sekeras-kerasnya tindakan membenarkan syarikat pengilang minuman keras beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP).

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, jika benar dakwaan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menarik balik kebenaran tersebut.

“Pembela ingin mengingatkan arak jelas memudaratkan dan terbukti salah satu punca berlaku masalah sosial lebih-lebih lagi dalam keadaan getir penularan wabak Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Aminuddin menegaskan, KPDNHEP seharusnya lebih peka dengan sebarang tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat amnya serta mengambilkira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Semalam, tular sepucuk surat bertarikh 31 Mac 2020 yang didakwa dikeluarkan pihak KPDNHEP apabila memberi kebenaran kepada syarikat arak Heineken Malaysia Berhad untuk beroperasi semasa PKP.

Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa Heineken pada 24 Mac lalu telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan kilang itu dibenarkan berbuat demikian bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang PKP.

Sebanuak 10 bidang yang dibenar beroperasi sejak PKP dkuatkuasakan 18 Mac lalu adalah sektor makanan, air, tenaga komunikasi dan internet, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan Alawam dan pembetungan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, perbankan dan kewangan, E-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast