LONDON – Boris Johnson masih berada di unit rawatan rapi untuk malam kedua kerana menerima rawatan koronavirus.
Perdana Menteri Britain itu yang dirawat di Hospital St Thomas sedang dipantau secara teliti.
Jurucakap berkata, keadaan Johnson stabil dan masih dalam semangat yang kuat.
Johnson dimasukkan di hospital pada hari Ahad atas nasihat doktor selepas menunjukkan simptom batuk dan demam panas selama 10 hari selepas disahkan positif Covid-19.
Setiausaha Luar, Dominic Raab dalam kenyataannya sebelum ini yakin Johnson akan kembali pulih seperti sedia kala kerana beliau seorang ‘pejuang’.
Raab yang memangku jawatan Perdana Menteri memberitahu, Johnson menerima rawatan oksigen dan bernafas tanpa bantuan sokongan.
Setakat ini, tiada maklumat tambahan mengenai keadaan Johnson sehingga hari Rabu.
Pejabat Downing Street turut mengesahkan semakan pelaksanaan sekatan perjalanan yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.
Sepatutnya, semakan itu dibuat semalam. – MalaysiaGazette