SAYA terdetik menulis catatan ini apabila melihat video bagaimana kerajaan India mengendalikan warganegara Malaysia di ‘stesen kuarantin’ negara India.
.
Dalam masa yang sama, saya pula menimba pengalaman baru mengetuai operasi Stesen Kuarantin di Malaysia melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang daripada luar negara.
.
Mereka yang positif Covid-19 ditempatkan di Hospital Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin. Mereka yang negatif pula dikehendaki kuarantin 14 hari di Stesen Kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan. Mereka ini dikenali sebagai person under surveillance (PUS).
.
Asalnya, saya dan team diarahkan untuk mengoperasikan satu stesen kuarantin di dalam daerah sendiri. Kemudiannya, diarah pula ke daerah bersebelahan. Di kedua-dua stesen ini, kami telah set up full preparation dan simulasi supaya semua agensi faham peranan masing-masing.
.
Namun, akhirnya, kami diarah untuk mengoperasikan sebuah hotel yang telah ditetapkan sebagai Stesen Kuarantin di luar daerah sendiri setelah kerajaan membuat keputusan untuk menempatkan mereka yang pulang daripada luar negara untuk dikuarantinkan di hotel.
.
Dengan arahan tersebut, kami mobilise semua agensi dalam daerah ke lokasi hotel berkenaan bagi memberikan perhatian kepadsa semua PUS di hotel dan dalam masa yang sama, PKD perlu juga memberi perhatian kepada beberapa Klinik Kesihatan dalam daerah sendiri.

Hotel-hotel ini majoritinya terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Secara tak langsung, kami perlu incharge sekurang-kurangnya 1 hotel sebagai Stesen Kuarantin masing-masing. Ada rakan setugas yang incharge sampai 3 Stesen Kuarantin.

Sebagai Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin, saya perlu menyelaraskan peranan semua agensi yang terlibat iaitu Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan PDRM..

Melihat kepada video kuarantin kerajaan India tersebut, ini pemerhatian saya :

1. Rakyat Malaysia berkenaan tidak diberitahu hal sebenar yang mereka akan dimasukkan dalam ‘stesen kuarantin’ di sana sehinggakan luggage mereka ditinggalkan sahaja di dalam bilik hotel di mana mereka menginap sebelumnya. Rakyat Malaysia tersebut tinggal sehelai sepinggang di stesen kuarantin
.
2. Stesen kuarantin mereka juga menggunakan bangunan sekolah. Oleh itu, sudah pastinya tandas terletak di luar dan berkongsi dengan oranglain yang memungkinkan jangkitan virus.
.
3. Mereka tidur di atas lantai yang kotor dan berdebu beralaskan tilam nipis sahaja dan diberikan sehelai kain putih sebagai selimut. Bilik tersebut dikongsi oleh 6 orang . Tidur mereka dihurungi nyamuk pada malamnya.
.
4. Makanan tidak disediakan secara teratur. Itupun tidak pasti samada mereka dapat makan atau tidak. Jika mereka mahukan makanan, mereka perlu beratur antara 2-3 jam dan perlu tunjukkan passport. Makanan yang dihidangkan pula dikhuatiri basi.
.
5. Mereka belum lagi dibuat ujian walaupun telah berjam-jam dimasukkan ke dalam stesen kuarantin..

Bagaimana pula keadaan Stesen Kuarantin di Malaysia? Ini yang team saya buat:
.
1. Sebaik tiba di Malaysia dan selesai urusan ujian di lapangan terbang, semua PUS akan menaiki bas yang disediakan ke hotel yang dijadikan Stesen Kuarantin.
.
2. Setiba di hotel, mereka disambut oleh team PKD yang membuat pendaftaran. Team ini berpakaian PPE. Segala butiran diri diambil untuk rekod. Akhir sekali, diserahkan kad akses ke bilik hotel masingmasing.
.
3. Melangkah masuk ke bilik hotel, PUS dilengkapkan dengan Welcome Kit yang disediakan oleh JKM terlebih dahulu antaranya biskut dan hygiene kit, selain sachet gula,creamer,kopi, teh serta cerek yang disediakan oleh pihak hotel.
.
4. Hanya 1 org PUS sahaja setiap bilik dan tidak berkongsi. Tandas individu dalam bilik hotel. Lengkap dengan aircond , television dan siaran astro. Tidak lupa juga wifi yang boleh digunakan oleh setiap PUS pada bila-bila masa.
.
5. Makanan disediakan 3 kali sehari. Dihantar oleh petugas APM yang berpakaian PPE. PUS hanya tunggu di bilik sahaja dan bila makanan tersebut telah diletakkan di atas kerusi di depan bilik, petugas APM akan mengetuk pintu sebagai tanda makanan telah pun sampai.
.
6. PUS disediakan 2 set pakaian hospital untuk digunakan setiap hari. Pakaian hospital harian ini serta bekas makanan yang dianggap sebagai sisa klinikal perlu diletakkan dalam plastic kuning yang disediakan dan akan dikutip oleh petugas klinikal keesokan harinya. Ini adalah rutin harian bagi memastikan kebersihan PUS sentiasa terjaga.
.
7. Pegawasi Kesihatan akan menelefon semua PUS yang berkaitan untuk bertanyakan tahap kesihatan mereka dan jika perlu akan dibawa ke bilik saringan yang disediakan di dalam hotel.
.
8. Sekiranya PUS didapati positif atau mempunyai symptom dan dihantar ke Hospital Sg Buluh, bilik yang ditinggalkan akan dibuat terminal cleaning terlebih dahulu sebelum dimasukkan PUS yang baru.
.
9. Kesemua PUS dimasukkan dalam satu Whatsapp Grup yang mana mereka boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan kebajikan mereka 24jam dan tindakan segera akan diambil.


.
Tuan/puan,
.
Saya boleh katakan yang kemudahan diberikan oleh kerajaan Malaysia adalah bertaraf A+ dan berpuluh kali lebih baik daripada negara lain.
.
Kami bekerja 24jam dan tidak lekang dengan handphone untuk melihat arahan terkini Bilik Gerakan Negeri atau apa-apa perkara terkini yang berkaitan dengan PUS dan Stesen Kuarantin kami. Dan secara tiba-tiba sahaja, and ada banyak Whatsapp Grup di handphone kami disebabkan tugasan pengoperasian Stesen Kuarantin ini.
.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyahut seruan kerajaan untuk #dudukrumah dan putuskan rantaian penyebaran Covid-19 ini.
.
Memang betul duduk rumah lama-lama ni kadang-kadang membosankan. Namun saya tetap terhibur dengan segala video kreatif yang dibuat olah rakyat Malaysia sambil-sambil saya melaksanakan tugasan bersama team saya.
.
Saya berbangga berkhidmat untuk negara dan untuk rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik ini.
.
Minta maaf kerana saya tidak boleh memaparkan gambar berkaitan tugas kami. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada PUS yang menghargai penat lelah kami bekerja 24 jam melalui wasap yang dikirimkan.
.
I am proud to be Malaysian!
.
Sila SHARE sebagai tanda sokongan anda kepada kami.

***
.
Owh yer… dalam kesibukan harian saya ini, saya masih lagi mengetuai satu projek kebajikan yang juga memerlukan perhatian rakyat Malaysia. Sila klik https://kafaistiqomahbangi.virtualniaga.com

JUSNI HASHIM
Pegawai Daerah Kuala Langat @Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Apa-apa pun bangsa melayu adalah bangsa terbaik di dunia walau di caci, di hina, di tindas sejak ratusan tahun bangsa melayu tetap baik melayan musuhnya… Semoga Allah SWT pelihara bangsa yg mulia ini… Aamin ya rabbal alamin…

  2. Rakyat Malaysia suka di manja, sebab tu dah naik lemak, sampai marah-marah dan maki-maki penjawat awam. Masih teringat bagaimana Negara Maju seperti Jepun pun tidak sangup hendak menerima pelancong asing yang disyaki ada Covid-19. Negara China sampai pandang serong rakyat sendiri yang pulang melancong dari luar negara.

Comments are closed.