KUALA LUMPUR – Perdana Menteri membayangkan sekolah-sekolah di Malaysia tidak akan dibuka lebih awal sehingga keadaan kembali pulih daripada penularan Covid-19.

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan telah diminta melaksanakan inisiatif pembelajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga.

Inisiatif pembelajaran itu untuk tempoh sehingga sekolah dibuka semula, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian semasa memberi perutusan khas mengenai lanjutan PKP yang dikuatkuasakan di Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

PKP fasa kedua yang bakal berakhir 14 April ini dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi memastikan rantauan penularan virus itu dapat distabilkan.

”Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di facebook. Ramai yang mahu penutupansekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya.

”Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast