KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan portal E-Learning percuma, Selangor Tutor yang boleh diakses melalui laman sesawang selangortutor.com sejak 3 April lalu, sebagai salah satu inisiatif dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia akan dibuka sehingga 31 Mei ini, kata Yayasan Selangor.

Portal Selangor Tutor ini yang mengandungi pembelajaran secara dalam talian bagi mata pelajaran murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 pada mulanya dibuka kepada sekolah milik kerajaan, namun atas permintaan ramai, kini ianya dibuka kepada semua murid di Selangor termasuk yang belajar di sekolah milik swasta.

Sekiranya ada murid atau sekolah yang mempunyai apa-apa masalah semasa pendaftaran atau penggunaan portal ini, boleh merujuk kepada pegawai Yayasan Selangor iaitu Haziq (013-4016055) dan Fauzani (019-2219321).

Sejak dilancarkan dan sehingga 10 April 2020, hampir 40,000 murid telah mendaftar dan menggunakan portal ini.

Justeru, diseru kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 serta para ibu bapa di seluruh pelosok negeri Selangor agar cepat-cepat mendaftar dan menggunakan Selangor Tutor sebagai medium pembelajaran khususnya dalam tempoh PKP ini. SelangorTutor yang lengkap dengan lebih daripada 130,000 soalan latihan seharusnya menjadi alat pembelajaran cara alaf baharu.

Kemudahan ini membolehkan murid belajar pada bila-bila masa di mana jua selagi mempunyai peranti yang boleh mengakses Internet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast