IOI Mall Puchong
Lebuhraya LDP berhampiran IOI Mall Puchong didapati mengalami kesesakan teruk dari arah Sunway menghala Puchong. Kredit: King Jason

KUALA LUMPUR – Belum pun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 berakhir hari ini, orang ramai seolah-olah tidak menghiraukan lanjutan perintah kerajaan itu yang akan memasuki Fasa 3, esok iaitu 15 April hingga 28 April ini.

Tidak bertanggungjawab, itulah kata-kata yang boleh digambarkan ke atas tindak-tanduk segelintir orang ramai yang menggunakan Lebuhraya LDP hingga menyebabkan kesesakan teruk di hadapan IOI Mall Puchong ketika ini.

Lebuhraya LDP berhampiran IOI Mall Puchong didapati mengalami kesesakan teruk dari arah Sunway menghala Puchong. Kredit: Mohamad Naufal

Kesesakan dikesan dari arah Sunway menghala ke Puchong melalui kawasan perniagaan di situ membabitkan enam (6) laluan.

Kebanyakan orang ramai yang menyebabkan kesesakan itu menaiki kenderaan persendirian.

Lebuhraya LDP berhampiran IOI Mall Puchong didapati mengalami kesesakan teruk dari arah Sunway menghala Puchong. Kredit: King Jason

Turut kelihatan beberapa buah lori yang membawa pasir melalui kawasan perniagaan itu. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. minta tsmy pertimbangkan semula kelonggaran yg diberi sebab ramai yang salah faham atau salah guna ruang yg diberkan kerajaan atau ambil kesempatan dengan sengaja , c18 masih menganas kesian nanti anak cucu yang tengah membesar kehilangan orang tua .

  2. Ada roadblock kat depan tu…
    Kalau takde roadblok keadaan akan jadi macam di lorong bertentangan…

    Apa2pun memang banyak juga kenderaan persendirian berada di atas jalan raya akhir2 ini…

Comments are closed.