Langkah itu katanya, pasti dapat membantu industri pembinaan dan 140 industri huluan dan hiliran berkaitan dengannya untuk terus hidup. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dan Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda) berikrar untuk memastikan kawasan tempat kerja dan pembinaan selamat dan tidak menjadi pusat penyebaran wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua persatuan itu menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana membenarkan aktiviti pembinaan diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Langkah itu katanya, pasti dapat membantu industri pembinaan dan 140 industri huluan dan hiliran berkaitan dengannya untuk terus hidup.

“Ini merupakan berita baik kepada pemaju dan kontraktor termasuk para pembekal barangan, peralatan, pengilang, profesional pihak-pihak yang terlibat dalam rantaian bekalan.

“Kami berharap kerajaan akan terus menyokong industri perumahan dan pembinaan dengan mengadakan lebih banyak sesi konsultasi dan dialog semasa kita sama-sama menyelesaian krisis ini.

“Ini pastinya dapat membantu menyakinkan pemaju perumahan dan syarikat pembinaan berhubung pelan pemulihan industri yang dirangka oleh kerajaan apabila krisis ini berakhir,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast