KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Bank Muamalat dan cawangannya di Jalan Melaka akan ditutup susulan kawasan Masjid India diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 28 April ini.

Bank itu berkata, para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di cawangannya di Jalan Ipoh.

”Para pelanggan digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian demi keselamatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette