TERKINI : Jenayah Siber dan Multimedia Meningkat Ketika PKP

Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk jenayah siber dan multimedia di Selangor menunjukkan peningkatan sehingga 53.8 peratus berbanding tahun lalu.

Menurut jurucakap Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, sebanyak 467 kes direkodkan pada tahun ini berbanding 184 kes pada tahun lalu.

“Jenayah siber dan multimedia ini melibatkan urusniaga e-dagang, penipuan telekomunikasi dan salah guna media sosial di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast