Datuk Seri Adnan Yaakob yang memakai respirator berwarna biru dan merah jambu menarik perhatian semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Adnan Yaakob yang memakai respirator berwarna biru dan merah jambu menarik perhatian semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

Bekas Menteri Besar Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai itu memakai alat penapis udara sedangkan wakil rakyat lain cuma memakai topeng muka biasa.

Sidang DUN Pahang bersidang hari selama satu jam sahaja dan setiap wakil rakyat diwajibkan mematuhi beberapa langkah pencegahan mengelak Covid-19 seperti penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu badan.- MalaysiaGazette