PARIS – Airbus mengambil tindakan untuk menjual enam buah pesawat yang dibuat untuk salah satu pelanggan terbesarnya, AirAsia, selepas pembuat kapal terbang itu menyerah kalah bahawa syarikat penerbangan tersebut akan menerima pesawat terbabit, kata sumber yang mempunyai pengetahuan tentang perkara itu kepada Reuters.

Langkah yang tidak normal itu menunjukkan krisis industri penerbangan semakin teruk disebabkan penularan wabak koronavirus yang mana para penganalisis memberi amaran bahawa ia boleh menjurus kepada penjualan pesawat yang tidak dikehendaki pada harga yang lebih rendah.

Seperti syarikat penerbangan lain yang melakukan penjimatan ketika sekatan perjalanan dan larangan perjalanan dilaksanakan itu telah melumpuhkan perniagaan mereka, AirAsia berkata, ia tidak memerlukan sebarang pesawat pada tahun ini.

Pada kebiasaannya pembuat pesawat mendesak syarikat penerbangan menerima pesawat yang telah siap dibina namun ia  menunjukkan amalan fleksibel terhadap tarikh penghantaran pesawat yang telah siap dibina, khususnya kepada pelanggan penting mereka.

Walaupun penjualan ‘mengejut’ ke atas pesawat yang tidak dikehendaki bukannya sesuatu yang baharu, namun ia jarang melibatkan pelanggan berprofil tinggi dan pada kebiasaannya pembuat akan pesawat memegang deposit, kata sumber itu.

Airbus enggan mengulas sama ada ia telah melakukannya pada kali ini.

“Ia merupakan satu langkah yang kejam,” kata seorang sumber yang tidak mahu dikenali berikutan perkara yang sensitif itu.

Seorang jurucakap Airbus berkata: “Kami tidak mendedahkan atau mengulas jadual penghantaran sebarang pelanggan,”.

Seorang jurucakap AirAsia yang meupakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia enggan mengulas.

Airbus telah membuka bidaan untuk empat pesawat A320neo dan dua pesawat A321neo yang dibuat untuk AirAsia, menurut sumber dan satu dokumen yang dilihat Reuters.

Pembeli boleh mendapatkan pesawat itu dari Perancis atau Jerman yang pada Jun ini dengan pilihan untuk melengkapinya dengan peralatan dalam pesawat yang ditempah AirAsia.

Pada bulan ini pengasas Bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kumpulan itu tidak mempunyai perolehan dan 96 peratus daripada angkatan pesawatnya tidak beroperasi.
Beliau menyatakan bahawa ‘AirAsia kukuh dan kekal fokus pada masa depan’.

Pada Jumaat lalu, seorang Menteri Kanan Malaysia memberitahu Reuters bahawa penggabungan antara AirAsia dengan Malaysia Airlines merupakan salah satu pilihan untuk ‘menyelamatkan’ kedua-dua buah syarikat itu.

Pada bulan ini Airbus berkata, ia menghadapi banyak panggilan daripada syrikat penerbangan untuk menangguhkan penghantaran pesawat, namun ia tidak menerima pembatalan secara langsung berikutan penularan wabak koronavirus – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast