PETALING JAYA – Kertas siasatan kes Inspektor yang didakwa merogol dua wanita Mongolia berusia 20 dan 37 tahun dalam kejadian 11 April lalu telah dilengkapkan dan sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bagaimanapun pihaknya menerima arahan untuk mengambil beberapa tindakan susulan dalam siasatan tersebut.