LONDON – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford bekerjasama dengan badan amal, FareShare untuk memerangi wabak Covid-19 yang semakin serius penularannya.
Rashford dan FareShare kini memberi fokus mencari dana untuk membantu kanak-kanak yang mengalami kesulitan mendapatkan makanan.
Menurut Daily Mail, hanya dalam masa satu minggu setelah program amal dilancarkan, Rashford dan FareShare memperoleh hampir 20 juta pound.
Dana itu pantas dikumpulkan kerana sejumlah syarikat besar mengambil bahagian.
Tesco menyumbang makanan bernilai 15 juta pound, kemudian Asda (2.5 juta pound) dan Co-op (1.5 juta pound).Dari tiga syarikat itu sahaja, Rashford dan FareShare dapat meraih 19 juta pound.
“Pada mulanya proses sumbangan lambat. Namun, dalam beberapa hari terakhir jumlahnya terus meningkat.
“Kami berusaha untuk benar-benar menyampaikan makanan kepada kanak-kanak.Atas sebab ini, syarikat besar seperti Tesco, Co-op dan Asda ingin menolong kami dengan memberikan sumbangan yang sangat besar,” katanya seperti dilaporkan web rasmi Manchester United. – MalaysiaGazette