LONDON – Pengendali Chelsea, Frank Lampard komited untuk mengukuhkan jentera serangannya dengan memulakan perbincangan bersama Dries Mertens.
Pemain antarabangsa Belgium itu dilihat sebagai pengganti rangkaian penyerang seperti Tammy Abraham, Michy Batshuayi, Armando Broja dan Olivier Giroud yang dilaporkan bakal meninggalkan Stamford Bridge.
Penyerang yang memiliki 90 kaps bersama skuad kebangsaan kini cemerlang bersama Napoli selama tujuh musim dengan telah menghasilkan 90 gol dalam 226 penampilan liga.
Kontraknya dijangkakan akan berakhir pada penghujung musim ini.
Menurut laporan Football London yang memetik khabar daripada Itali, Lampard sudah telah mengadakan perbincangan serius bersama bintang Napoli itu.
Dries Mertens sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak beberapa musim kebelakangan ini bersama Manchester United dan Manchester City namun ianya tidak pernah berjaya direalisasikan.
Pemain berusia 32 tahun itu telah didekati oleh Chelsea sebelum ini namun memilih untuk kekal di Serie A sehingga musim berakhir.
Mertens telah menyertai naib juara Serie A musim lalu itu daripada PSV pada musim 2013 dan membantu mereka meraih kejuaraan Coppa Italia pada musim 2014.
Bersama Napoli, penyerang berbisa itu tidak pernah gagal untuk menghasilkan gol malah merupakan penjaring terbanyak Serie A pada dua musim berturut-turut iaitu musim 2016-17 dengan 28 gol dan musim 2017-18 dengan 18 gol peribadi. – MalaysiaGazette