Gelagat kanak-kanak warga asing Etnik Rohingya semasa Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya bertindak secara menyeluruh mengenai isu pelarian etnik Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berada di negara ini.

Ini kerana, kehadiran pelbagai kaum dan etnik ke negara baik baik secara haram mahupun menerusi dokumen sah, merupakan ancaman nasional yang wajib ditangani segera dan tegas.

Sehubungan itu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) Kewarganegaraan dan Pendatang Asing bagi mencari penyelesaian kemelut negara termasuk kes terbaharu, kerenah pelarian etnik Rohingya.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, sebelum RCI ditubuhkan, jangan ada mana-mana pihak gopoh atau membuat pelbagai cadangan termasuk mahu kerajaan memberi kerakyatan sementara kepada etnik Rohingya.

“Tubuh RCI dahulu dan pemilihan individu yang akan menganggotai RCI ini mesti yang paling berwibawa dan tidak dipengaruhi oleh unsur politik atau apa juga pengaruh.

“Bahkan, penubuhan RCI berkaitan pelarian dan Pati ini merupakan satu dari 10 Perkara Sumpah Keramat Putra untuk merungkai segala permasalahan dan mencadangkan dasar peraturan serta mengambil tindakan membersihkan negara dari kekotoran ini secepat mungkin,” katanya kepada media, hari ini.

Dr. Ibrahim Ali

Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang bangsanya yang didakwa telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah mewakili keseluruhan etnik itu di Malaysia.

MUR dalam kenyataannya di sini berkata, pihakya telah meneliti setiap tuntutan yang didakwa dibuat oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani atas kapsiti sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom) dan tular baru-baru ini.

Menurut MUR mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, kelmarin Zafar Ahmad dalam satu kenyataan, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Dakwa beliau, berikutan tuduhan itu, dia kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebooknya.

Mengenai cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat agar kerajaan memberi kerakyatan kepada pelarian itu, Dr. Ibrahim menegaskan, ia adalah cadangan lidah tidak bertulang.

Kata beliau, pelarian ini bukan perkara kecil, kerana sebelum ini sudah banyak perkara dibuat, tetapi akhirnya membawa padah.

“Apa jua cadangan yang ada kaitan dengan keselamatan, tidak boleh digembar-gemburkan kepada umum, sekadar mencari populariti publisiti serta keuntungan politik.

“Ini adalah perkara keselamatan nasional. Jangan nasi menjadi bubur. Sifat tolak ansur, baik dan terbuka biarlah kena pada tempatnya serta mengikut tahap isu dan perkara yang berbangkit.

“Setiap jalan penyelesaian, cadangan serta formula perlu diserah kepada RCI ini yang wajib ditubuhkan segera untuk meneliti dan semua pihak boleh memberi cadangan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak payahlah nak baik sangat bagi kerakyatan. Yang ada ni suruh balik tempat asal mereka. Di sini tak boleh cari najan. Orang tempatan pun ramah tak ada kerja. Jangan dok layan orang PH tu.

  2. dah gila ke sampai nak bagi kerakyatan,
    nak jadikan Malaysia negara yg mempunyai penduduk terlalu ramai pulak ke???
    masalah perkauman yg berlaku diantara bumiputera dan kontrak sosial pun belum selesai,nak tambah lagi puak2 yg besar kepala jadi rakyat,
    dah nak mampus ke??
    dengar majoriti suara rakyat yg mahukan semua warga asing ditapis dan dihantar pulang ke negara masing2,seterusnya mewujudkan sistem yg lebih teliti dan meminimumkan bilangan warga asing di dalam negara!

Comments are closed.