Sebanyak 13,277 sampel ujian pengesanan Covid-19 sudah diambil hasil pelaksanaan di enam tempat yang dikenakan PKPD.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan memaklumkan zon merah aktif kebolehjangkitan Covid-19 kekal kepada 13 zon.

Menerusi data yang diberikan CPRC mendapati ada zon merah yang menunjukkan kenaikan kes positif Covid-19.

Antaranya Lembah Pantai meningkat kepada 272 kes daripada 249 pada Jumaat.

Kuching meningkat empat kes kepada 194 kes kebolehjangkitan Covid-19.

Kota Samarahan meningkat 3 kes kepada 65 kes; Kepong juga meningkat sembilan kes kepada 73; dan Titiwangsa meningkat satu kes kepada 47.

Bagaimanapun terdapat empat daerah mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 antaranya daerah Seremban mencatatkan menurun sebanyak 12 kes kepada 95 kes; Hulu Langat Selangor 100; Petaling menurun 20 kes kepada 63 kes; dan Melaka Tengah turun dua kes positif kepada 52 kes.

Empat lagi zon masih kekal dengan jumlah pada Jumaat antaranya Kluang kekal 85 kes; Johor Bahru 80 kes, Kuantan 66; dan Klang 44.

Sehingga semalam, 51 kes Covid-19 baru direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan ialah 5,742.

Sebanyak 99 lagi kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya ialah 3,762 atau 65.5 peratus manakala jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah 98. -MalaysiaGazette