Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang bakal berhadapan pertuduhan di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok berkata, beliau akan terus mempertahankan kebenaran serta haknya.

Bekas Timbalan Menteri berhadapan pertuduan kes penyebaran berita palsu menerusi hantaran di laman Facebook berkaitan dakwaan pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan untuk balik beramai-ramai ke negara ini.

Fuziah dalam satu kenyataan berkata, beliau pasti kebenaran serta haknya dalam kes tersebut akan terserlah juga.

Artikel berkaitan: Sebar berita palsu Covid-19, polis rakam keterangan Fuziah

Menurut Fuziah, beliau telah menerima surat notis saman dari Mahkamah Majistret Johor Bahru memaklumkan supaya hadir di Mahkamah Majistret Johor Bahru jam 8.00 pagi esok.

Surat notis tersebut, katanya,  menyatakan kes tersebut disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam”.

Manakala Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula berkaitan Seksyen 249 yang menyentuh mengenai “capaian berkenaan data berkomputer.”

“Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik ianya amat amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Artikel berkaitan: Fuziah hairan gambarnya disoal siasat tersebar di media sosial

Pada 9 April lalu FB rasmi Fuziah memuatnaik status gempar apabila mendakwa berlaku keadaan tidak terkawal di bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

Artikel berkaitan: Sebar berita palsu, Fuziah mohon maaf

Status itu segera dinafikan FB Friends of PDRM yang mendakwa itu adalah video lama.

Malah ia adalah latihan kebakaran di bangunan itu yang dilaksanakan 18 Disember tahun lalu.

Fuziah kemudian membuat permohonan maaf selepas memadam hantaran tersebut.

“Admin mohon maaf tersilap post video lama dan sudah pun di delete. Harap tidak menyebabkan panic!.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Merasa juga ko masok mahkamah jawab tuduhan ya Poziah ..jangan kata ini kes politik pulak nanti ,kalu politik pun ianya politik ko lah ya ..politik touch n go ..

Comments are closed.