ROM – Paulo Dybala didapati positif Covid-19 untuk kali keempat dalam tempoh enam minggu ini.
Bintang Juventus itu bersama teman wanitanya, Oriana Sabatina disahkan positif Covid-19 pada ujian saringan pertama pada 21 Mac lalu.
Laporan media mendakwa bintang Argentina itu telah menjalani empat ujian saringan sejak dijangkiti virus berkenaan.
Namun ujian saringan terbaharu juga menunjukkan keputusan positif sekali lagi.
Pemain berusia 26 tahun itu berkongsi pengalamannya melawan virus itu yang mana beliau menghadapi kesukaran bernafas.
Bagaimanapun, dia mendakwa semakin pulih dan teman wanitanya tidak lagi menunjukkan simptom jangkitan.
“Bernasib baik, emakin meyakinkan sejak beberapa hari ini, kami tidak mempunyai sebarang simptom.
“Saya mempunyai simptom sehingga cepat letih dan apabila mahu berlatih, saya mengalami kesukaran bernafas selepas 15 minit.
“Disitulah saya dapat mengesan bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebelum ujian saringan di kelab mengesahkan kami positif Covid-19,” katanya.
Berita berkenaan merisaukan penganjur liga yang membenarkan kelab Serie A Itali kembali berlatih mulai 4 Mei ini. – MalaysiaGazette
Cuba tukar nama tu.. dyBALA kpd dyBAIK.. haha