Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed bercakap pada Sidang Media Bagi Pergerakan Antara Negeri Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat laporan agensi berita asing yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Masjid India yang diletakkan di bawah .Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

Difahamkan wartawan agensi berita yang berpengkalan di Hong Kong itu telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung artikelnya.

Menerusi akaun Twitternya beliau berkata: “Selamat Hari Kebebasan Media!saya dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan mengenai laporan saya tentang serbuan Imigresen di kawasan zon merah Masjid India”. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Untuk International journalist and their sympathisers, all of you need to behave and do just to your reporting.
    Nampak kesalahan Kuman Di seberang laut tetapi tak nampak kesalahan Gajah depan mata.
    Take your values back to where you come from, as long as you cannot right the atrocities in your own homeland.

  2. babi punya wartawan,
    ko nak suh kerajaan bela semua pendatang2 haram kt Malaysia nie??
    NEGARA NIE ADA UNDANG2!!!
    kalau rakyat sendiri boleh patuh undang2,knp pendatang2 haram xboleh patuh dan dikenakan tindakan sekiranya melanggar undang2 megara,
    sial punya wartawan,
    kerajaan wajib teruskan operasi pembersihan pendatang haram ke seluruh negara!!!

Comments are closed.