KUALA LUMPUR – MCA menempelak kacang hantu, Red Bean Army (RBA) DAP yang didakwa cuba melakukan permainan kotor dengan menyebarkan fitnah yang tidak munasabah apabila kerajaan membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi mulai esok.
Ia susulan satu kenyataan yang menuduh syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu bertanggungjawab ke atas pekerja yang dijangkiti dengan Covid-19
Dakwa kenyataan itu, kos perubatan dianggarkan sekitar RM80,000 sehingga RM120,000 seorang kerana hanya boleh dihantar ke hospital swasta memandangkan hospital kerajaan sudah tidak terima pesakit kerana kerajaan tak mahu bertanggungjawab
Selain itu, kalau ada pekerja yang dijangkiti Covid-19, Kementerian Kesihatan akan datang menjalankan kerja-kerja sanitasi di premis sebanyak 3 hingga 4 kali sehari, yang mana kosnya sekitar RM50,000 sehingga RM60,000 sekali.
Sedangkan, kata Mike Chong, mana ada hospital swasta yang terima pesakit Covid-19 kerana semua pesakit itu dirawat di hospital kerajaan dan kosnya ditampung oleh kerajaan, termasuk warga negara dan asing
“Kementerian Kesihatan datang buat sanitasi di premis dan kenakan bayaran RM50,000 – RM60,000 sekali?
“Fuyoh, kalau macam ini kayalah Kerajaan. Tak perlu kutip cukai, hanya hantar orang buat sanitasi di kedai-kedai, sehari sudah berjuta-juta pendapatan kerajaan,” kata jurucakap MCA itu.
Chong turut melahirkan rasa pelik kerana mereka yang terlibat membuat dakwaan ini hanya mengadu di laman sosial tetapi bukan kepada polis, sekali gus membuktikan ia merupakan helah dan permainan kotor untuk melaga-lagakan kerajaan.
Tegasnya, tujuan mereka ini semata-mata untuk menghasut rakyat dan sedihnya ada individu yang mempercayai berita-berita seumpama ini.
”Perlu ingat, yang fitnah itu berdosa dan yang sebar fitnah itu juga tidak kurang dosanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kepala otak kamu la. Tu kan kerja kamu Raban bossku army. Tak payah bak tuduh sesiaoa la kerja silobakman dan sekutunya.
Dap mana tau apa itu dosa .apa di tau kelentong sana sini juga.
Bila kerajaan nak punahkan RBA biadab ni
Mmg BODOH pengikut2 PH yg bangang i.. Masih dok percaya lg dgn puak2 kaki kencing rakyat… Ape yg kamu dapat wahai pengikut2 PH… Lagi2 kena kencing kena tipu… Yg untung nye kepala2 kt atas.. Kamu di bawah x habis2 kena siram kisah2 menipu…. Sudah2 lah.. Celik minda sikit..