KUALA LUMPUR – Malaysia mengkritik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana menasihatkan golongan dewasa untuk elak mengambil minyak sawit dalam diet harian semasa penularan wabak Covid-19, sebaliknya menggunakan minyak zaitun.

Ia susulan kenyataan dari pejabat serantau Mediterranean Timur (WHO) yang menyatakan …”orang ramai patut mengambil lelemak tidak tepu di dalam ikan, avocado, kekacang, minyak sawit, soya, canola, bunga matahari dan jagung berbanding lelamak tepu dalam lemak daging, mentega, minyak sawit, minyak kelapa, krim, keju, minyak sapi dan lelemak babi”.

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia menyifatkan nasihat itu sebagai kuno.

“Berkenaan dengan lelemak makanan sebagai sumber kalori utama, WHO melalui nasihat terakhirnya sekali lagi telah mempromosikan minyak komoditi tertentu sambil mengenepikan inyak sawit,” kata Dr. Kalyana Sundram, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia ( MPOC), sebuah agensi negeri yang bertanggungjawab untuk mempromosikan komoditi tersebut.

Artikel MPOC mengatakan minyak sawit mempunyai keseimbangan semula jadi lemak tepu dan tak tepu untuk memastikan penyerapan pelbagai mikro nutrien makanan, tidak memerlukan hidrogenasi – merawat minyak dengan hidrogen untuk meningkatkan jangka hayatnya – dan tersedia dalam jumlah besar.

Di negara-negara yang mana penggunaan lelemak di bawah cadangan WHO, seperti di sebahagian besar Asia dan Afrika, fokus kesihatan adalah berbeza.

“Keperluan untuk menyediakan sumber kalori yang boleh dipercayai, berkekalan dan berpatutan untuk mengatasi kekurangan zat makanan adalah penting,” katanya.

Kalyana berkata, WHO harus fokus untuk menghasilkan “idea pengurusan kesihatan yang berbeza secara radikal” dan bukannya kembali pada “mesej kuno”.

Minyak sawit digunakan dalam segala aspek, bermula dengan susu formula hingga pembuatan biskuit, tetapi permintaan untuk minyak sayuran telah terjejas ekoran penutupan restoran akibat penularan koronavirus baharu.

Malaysia dan Indonesia bersama-sama menghasilkan 85% minyak sawit dunia, tetapi industri ini telah menghadapi kritikan hebat dalam kalangan pencinta alam sekitar dengan alasan penghasilan minyak sawit menyebabkan penebangan hutan tropika secara besar-besaran. – MalaysiaGazette