KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik pandangan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan parti itu perlu kembali bersama Pakatan Harapan (PH).
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, keutuhan gabungan bersama PH merupakan tunjang dan kekuatan dalam menghadapi segala krisis yang melanda negara dan pada masa sama berhadapan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).
Katanya, Amanah percaya PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong tinggi prinsip integriti serta tajdid, yang menjadi prinsip perjuangan parti itu selama ini.
“Bagaimanapun, kita berpandangan perkara tersebut wajar dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden,” katanya ringkas dalam kenyataannya kepada media hari ini.
Ahad lalu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kembali bersama PH merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi PPBM untuk memastikan terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang.
Dalam kenyataan itu, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan jelas apakah PPBM akan menentang Muafakat Nasional (MN), gabungan yang wujud antara UMNO dan Pas, atau apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti akan dilantik semula sebagai perdana menteri.
Kata beliau, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH dan pengalaman tidak sampai dia bulan di bawah kerajaan PN yang ‘tidak wujud’ itu sangat pahit bagi PPBM hingga ke akar umbi. – MalaysiaGazette
Mukhriz pun nyawa nyawa ikan dah ,tunggu hari nk luruh . Mcm mana nk ajak ppbm pulak , kalu ppbm masok balik pun azmin and the gang mau ka. Apa la bacaan politik ph ni , tk pijak bumi , awangan saja ..sbb tu depa boleh terlucut .
Tak malu betul PH ni. Nak gadai negara lagi lah tu. Yang si tua ni pun tak sedar diri nak kenaksn PH lagi lah tu. Dab ganyut dah. Pergilah masul tabligh aje tak usah ganggu hsl politik. Rakyat pun dab naik menyampah tengok muka dia. Nsk loya.
PPBM, permilihan parti pun tidak selesai lagi, ini jadinya mudah di porak perandakan, semua ahli hendak jadi jaguh, nanti boleh menang permilihan.
Nak masuk PH boleh je..tp Muhyidin kekal jd PM dan Azmin jd TPM..boleh kaaaa??? kih kij kih
sdh meroyan ke mamat ni
M Asri.
PH hanya mahu YB bersatu bukan YB PkR yg lompat tak berparti.
Muhyidin kekal PM.
Tun hanya tak mahu umno.
Pemimpin ph lain pun tak kejar mana2 jawatan menteri @ glc macam umno & pas.
Rakyat boleh lah nilai.
Siapa yg lebih baik
Yeke tak kejar pangkat ariff?.. Cam tak kena je komen tu.. Kikikikiki
hahhahahah..
parti paling teruk dalam Malaysia,
parti paling mengarut dalam Malaysia,
parti paling rasis dalam Malaysia,
semua berpakat menjadi satu pakatan,
memang hancurla Malaysia xjadi apa,