KUALA LUMPUR – Desakan pembangkang supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan sidang Parlimen lebih lama mulai 18 Mei ini, bertujuan membantu menyelamatkan Malaysia, rakyat dan ekonominya.
Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan harus memanggil Parlimen untuk bersidang secepat mungkin dan membiarkannya bersidang sekurang-kurangnya dua minggu.
Kata beliau, Perdana Menteri, Tan Sri Munyhiddin Yassin harus mempertimbangkan perkara itu kerana niat pembangkang adalah untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.
“Barisan pemimpin PH, parti Warisan dan Pengerusi PPBM telah mengeluarkan kenyataan bersama meminta Parlimen bersidang sekurang-kurangnya dua minggu, bukan hanya satu hari pada 18 Mei ini.
“Mengapa pembangkang konsisten memperjuangkan hal ini terutamanya ketika penularan wabak Covid-19 masih menghantui kita? Bukankah rakyat sudah bosan dengan “politik”?
“Ekonomi pun sudah dibuka semula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijenamakan semula sebagai “PKP Bersyarat (PKPB)”,” katanya yang dipetik kenyataan dari akaun Facebooknya, hari ini.
Menurut Ketuai Setiausaha Pengelola Keadilan itu, ada kontroversi berkenaan pelaksanaan PKPB, tetapi nampaknya ekonomi negara sedang dalam proses pembukaan semula.
Kata beliau, sekiranya perniagaan dapat beroperasi semula dengan mematuhi SOP yang ketat, mengapa tidak Parlimen?
Katanya, Parlimen pada mulanya dijadualkan bersidang pada 9 Mac hingga 16 April lalu, tetapi setelah kerajaan PH jatuh, persidangannya ditangguhkan pada 18 Mei hingga 23 Jun.
“Apa yang menyedihkan, kini sidang Parlimen hanya hendak diadakan satu hari, iaitu upacara pembukaan pada 18 Mei. Ahli Parlimen juga tidak berpeluang menghantar pertanyaan kepada Menteri.
“Semasa krisis ini, kita telah melihat penjawat awam yang mampu dan berwibawa untuk memastikan negara terus berjalan. Bagaimanapun, dalam sistem demokrasi berparlimen, Perdana Menteri dan Kabinetnya bertanggungjawab kepada Parlimen.
“Ini bermaksud perbahasan dan undang-undang yang mungkin diperlukan untuk mengatasi kegawatan ekonomi kesan Covid-19 hanya akan berlaku pada sesi Julai,” kata beliau.
Kata Nik Nazmi, Malaysia tidak boleh menunggu begitu lama dan seolah-olah Muhyiddin serta kerajaannya tidak akan disemak imbang berkenaan apa sahaja yang diputuskannya sejak pembentukan kerajaan PN Mac lalu.
“Mereka pada dasarnya akan dapat menggunakan sumber pemerintah dan membelanjakan wang rakyat secara bebas. Muhyiddin mendakwa bahawa rakyat muak dengan “berpolitik”.
“Itu mungkin benar, tetapi tindakannya melantik Ahli Parlimen PN yang tidak terhitung jumlahnya dalam GLC dan badan awam lain, sering mengorbankan teknokrat – bukankah ini kelihatan janggal dengan dakwaan “rakyat muak dengan politik” yang sering beliau jaja ke sana dan ke sini?
“Ini bukan alasan untuk menolak alasan institusi demokrasi kita. Pada dasarnya, pemerintah PN tidak memiliki mandat rakyat, atau tidak ada sebarang rencana atau manifesto jangka panjangnya setakat ini,” katanya. – MalaysiaGazette
SELAMATKN MALAYSIA??? Hahaha….Yg sebenarnya Selamatkn PH…..Itu yg lebih tepat…
Jangan layan org yg semacam separoh gila . Begitu jgk PH.
Malaysia dah selamat bila korang tumbang. 22 bulan keje jahanamkan negara. Mana janji kau sejuta perkerjaan bila berkuasa dulu??. Kelentong orang je korang pandai.
Solat tahajut lah mana tau TSM terbuka hati nak bagi lebih masa.. Geng lagi satu pun wat sama jugak, cuma niat je lain.. niat apa tu kena tanya dia org lah..
Muka dah macam org bodoh..kuar ayat dr mulut confirm bodoh..
Apalagi yg x faham?