KUALA LUMPUR – Orang ramai dan penyokong-penyokong Persatuan Bolasepak Kelantan Susulan (KAFA) diminta menghulurkan derma bagi melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28.
KAFA telah diberi 30 hari oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula 23 April lalu untuk menjelaskan tunggakan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzzakir Hamid berkata, KAFA tidak mempunyai banyak masa tambahan apabila Liga Malaysia (Liga M) direhatkan kerana wabak pandemik Covid-19.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menyukarkan persatuan itu untuk mendapat sumber kewangan yang mencukupi bagi membayar tuntutan tersebut, ditambah lagi segala urusan niaga bersama rakan kongsi termasuk jualan jersi terhenti pada masa ini.
Selain itu, katanya, bakal penaja yang dijadualkan akan bersama KAFA pada Jun ini juga mengambil langkah berdiam diri.
”Justeru itu, KAFA memohon bantuan orang ramai terutama peminat dan penyokong bola sepak Kelantan untuk menderma kepada Persatuan Bolasepak Kelantan bagi membolehkan KAFA membayar segala tuntutan yang diarahkan oleh FIFA,” katanya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan, menerusi akaun Maybank 5530 1063 0676. Resit derma boleh dihantar melalui WhatsApp ke nombor 013 928 3293.
Sekiranya KAFA tidak dapat menjelaskan apa jua tuntutan yang telah diarahkan oleh FIFA, ia akan merumitkan persatuan membentuk pasukan untuk bersaing di Liga Perdana dan berkemungkinan KAFA akan dikenakan tidakan yang lebih berat.
Ahmad Muzakkir berkata, KAFA akan memaklumkan jumlah kutipan ini dari masa ke semasa kepada penyokong. – MalaysiaGazette
Dah tahu tak mampu buat apa dok ambik pemain yg gaji besar. Mcmana presiden dan exco KAFA bole ambil keputusan beli pemain ni. Tak kan tak buat cash flow dan risk management. Lebih kurang mcm orang gaji bulanan RM2, 000 nak pakai kereta Mercedes.
Apa yg di fikir tak tahu lah