Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tampak begitu jelas rata-rata rakyat Malaysia semakin bosan dan muak dengan kemelut politik tanah air lagi-lagi ketika pandemik Covid-19 masih lagi belum ada tanda-tanda ianya akan pulih dalam masa terdekat.

Ini jelas kelihatan sendiri dalam komen netizen ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Perutusan 9 Mei Mandat Rakyat bersempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Harapan di Facebooknya malam tadi.

Kebanyakan netizen dipercayai rakyat biasa juga mengambil kesempatan ini untuk merayu dan meminta Tun Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu untuk berehat sahaja di rumah dan berhenti berpolitik ketika ini.

Malah pandemik Covid-19 sehingga memaksa kerajaan yang diterajui oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas sehingga kini.

Ini juga menyebabkan pelbagai isu melibatkan sosio ekonomi rakyat terus menjadi tanda tanya sehingga isu-isu lain di tolak tepi pada masa ini.

Menurut Kamarudin Abdulah, sudah tiba masanya untuk Tun Mahathir memberi laluan kepada generasi baru memimpin negara, cukuplah

“Tun, rehatlah. Bagi generasi baru memimpin.

“You have done a great job for Malaysia dan kami hargai.

“Tun sendiri yang letak jawatan dan kini hendak balik. Adilkah kepada rakyat? Rakyat sudah ‘stress’ dengan Covid-19 dan kemelut politik tidak sudah-sudah. Tun mau apa lagi?

“You will be remembered as one of Malaysia great leader,” tulisnya.

Tulisan itu juga mendapat 766 butang ‘likes’ dan lebih 60 netizen juga bersetuju dengan pendapat Kamarudin.

Bagi Mohd Haizum Ahmad pula, dirinya begitu kecewa dengan perutusan dikeluarkan oleh Tun Mahathir yang padanya langsung tidak menyentuh isu-isu pasca Covid-19 mahupun memberi kekuatan kepada rakyat menghadapi hari-hari sukar kelak.

“Tun, selama 15 minit 30 saat ini, saya cuba untuk menjadi neutral mencari ‘input’ yang bermanfaat dari kata-kata Tun. Tidak ada satu yang disentuh pembangunan semula negara pasca PKP, penghargaan buat barisan hadapan mahupun minta rakyat jadi kuat bangkit semula.

“Yang ada hanya salah orang itu dan ini, orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Asyik orang lain sahaja kena muhasabah diri,

“Dalam keadaan ekonomi yang menguncup, tiada yang lebih penting selain memastikan kestabilan politik dan meraih keyakinan pelabur. Kemon Tun,” luahnya.

Jessie Lee pula berpendapat lebih baik tidak bercakap tentang politik sebaliknya hanya utamakan usaha tangani Covid-19 yang ternyata belum ada vaksin untuk mengubatinya pada masa ini.

Bagi Deera Mandy pula adalah lebih baik Tun berehat sahaja dan lebihkan bermusabah diri dan ingat Tuhan.

“Sila berehat Tun. Banyak-banyak ingat akhirat, dunia ini tiada apa pun walaupun harta berbilion dalam akaun, mati hanya amalan yang kita bawa bekal,” ujarnya.

Akram Mustaqim merasakan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) lebih baik daripada PH itu sendiri.

“Saya rasa Tun Mahathir mahupun yang lain tidak boleh nafi hakikat PN lebih baik pemerintahnya berbanding kerajaan PH yang dulu,” katanya.

Cythia Lim pula menyoal kembali mengapakah tidak boleh rakyat di negara ini insaf tatkala Covid-19 yang sebenarnya memberi pengajaran cukup baik.

Tg Faizal Tg Zainudin pula mengkritik Tun Mahathir kembali selepas melihat perutusan tersebut.

“Ramainya kutuk dan perlekehkan kamu Tun Mahathir. Tidak seperti PRU sebelum ini, sebenarnya sudah tidak ada harapan lagi Tun Mahathir. Harapan sudah berkubur, anak muda sudah tidak lagi menjadi majoriti kamu,” tulisnya.

N Hafizi Kamaruzzaman pula mengakui dirinya kini lebih selesa dengan kerajaan kini berbanding di bawah Tun Mahathir.

Shaikh Mohd Shahril pula secara berseloroh berkata supaya berhati-hati dengan kumpulan ‘kluster gila kuasa’.

“Berhati-hati dengan kluster gila kuasa dan mabuk kuasa. Dua-dua kluster ini punca negara tidak pernah aman sejak dulu lagi,” tegasnya.

Chris Wong pula dalam nada berlawak bertanya ‘Siapa Mahathir’.

“Siapa Madey? Aku tak undi dia. Aku marah! Sambil makan Super Ring,” katanya.

Amin SA pula mengucapkan terima kasih kerana Tun Mahathir berjaya menumbangkan PH sebelum ini.

Bagi Azim Azmi pula, dirinya amat menghormati Tun Mahathir namun negara lebih memerlukan kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Sekurang-kurangnya 9,800 pandangan serta komen yang kebanyakannya lebih banyak mengkritik, menyalahkan Tun Mahathir jika hendak dibanding dengan mesej positif atau mengalu-alukan kehadiran beliau mahupun PH kembali. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Move on lar…bagi peluang PM dan barisan kabinet yang ada sekarang ( looks bettter than before)…Ramai yang x bekerja, gaji separuh, majIkan x mampu bayar gaji pekerja…Sibuk berpolitik…Aku dah bosan..aku dah bosannn

  2. Tak payahlahnak susah susah tun madey. Duit yang berbillion tu asingkan sikit untik beli kain kapan kualiti sutera emas berperada. Nanti nak tunjuk kekayaan dan kehebatan negarawan pada dua malaikat dalamkubur. Hanya ksin kapan yang mahsl dan berkualiti tinggi sahaja ysng mampu menghalang hayunan pukulan mungkar nangkir daripada fosa memfitnah membohong dan mengainkan orang. ßmogs selsmat fi slam barzakh.

  3. Anda yang menasihati Tun M supaya berhenti berpolitik adalah berfikiran dangkal … apa masalah dengan Tun M, ada dia cakap taok betul ka atau ada tanda tanda dia sudah hilang akal … kita lihat Tun lebih baik daripada ahli politik yang muda muda ini dari segi ketajaman akal dan keberaniannya menegur pihak pihak yang tidak betul baik di dalam atau di kuar negara … kalsu muda pun tak tahu buat kerja nak disimpan buat apa … lebih baik letak jawatan saja

  4. Hanya manusia yg taksub xnampak kebenaranya…org yg berfikiran seperti ini yg menjahanamkn negara krn berpandukn ketaksubsn melampau…sjk 2 org ini ujud malaysia jd jahanam… Asyik orh sj x betul…konon dislah yg bijak… Cukuplah 22 bln rakyat hidup Dlm keadaan cemas… Sendiri yg Ltk jawatan, lps tu dgn xmalu nk kan balik jawatan, sendiwara apa ni… Sendiri yg runtuhkn kerajaan Sendiri lps tu salahkn org lain… Ingatlh ini semua kerja Allah… Allah boleh letakan siapa saja yg Allah suka,kerana kesalahan sendiri….mng PRU14 dulu pun dgn cara menipu Rakyat dhn janji2 palsu dn Tabur fitnah… Jadikn 1MDB kambing hitam… Rakyat termakan umpan… Beginilah sudahnya kerajaan yg kotor… Lihat nanti PRU 15,adakah PH dpt seperti PRU 14…rakyat tdk akn tertipu lg.. Rakyat semakin selesa dbwh PN skrg walau pum usia muda tp menterinya org2 yg berpendidikan yg tau buat kerja.. Bkn seperti menteri PH… Sombong, angkuh,syok sendiri.. Hanya layak jd menteri pasola dkt negara pasir berdengung.. Yg pegawai menteri dn adun pulk penagih dadah… Perkara xpnh terjadi sebelum ini… Cukuplh 22 bln bsm PH.. Xsanggup lg,madey dgm anwar xada negara aman… 2 org ini buat politik malaysia huru hara.. Parlimen dh jd sarkes…

  5. Saranan saya… (nasihat sbg seorg anak )…
    Jagai lah saat sisa hidup ini dengan biasan muhasabah diri dn amalan yg sedang dn telah kita lakukan selama di PINJAM kan hayat kita oleh SANG PENCIPTA…
    BUKAN PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, WARISAN… YANG DIPERTANYAKAN NANTI BILA DIUSUNG KE ALAM KUBUR DN AKHIRAT KELAK….

  6. Atok sendiri suruh buat rumah kayu reput..
    Atok sendiri bakar hangus,
    Salahkan anak jiran sebelah…!!!
    Kahhh..kahhh…kahhh…!!!

  7. Kepada Saudra KHALIN HASSAN
    Kalau dia yang asyik nak jadi pemimpin nanti sepinggalannya tidak ada pemimpin yang berwibawa. Lihat apa yang dilakukannya pada Datuk Mus Hitam, Tun Ghafar Baba, Tun Badawi, DSN, Tunku Abdul Rahman,dll lagi. Takkan semua mereka itu tidak baik sama sekali. Mahathr pun bukan manusia yang suci bersih. Mesti ada kesilapannya di sana-sini. Mahathir ini suka tipu, fitnah dan buat cerita berbelit-belit. Menang pilihanraya ke14 pun dengan konspirasi, tipudaya, mengaibkan pemimpin lain, pakai agen orang asing(SARAWAK REPORT) sebagainya. Pemimpin yang agung perlu melahirkan pemimpin pelapis yang lebih berkaliber dan bukan sekadar melahir pengikut yang ramai yang tak berani tegurnya. Lihat semua yang dilakukan selama ini, semua projek mega diadakan di zaman dia adalah untuk kepentingan anakcucu dan kroniny. Rakyat, khususnya yang Melayu disenda sampai hari ini sebagai orang yang malas dan tak pandai buat bisnes. Tiba-tiba, anak-anaknya jadi billionaire. 95 tahun itu berlalu tua, mahathir harus membuat persiapan untuk bertemu dengan Allah. Malaysia ini bukan milik Mahathir Sdn. Bhd.Dalam negara demokrasi, rakyat yang menentukan pemimpin bukan mahathir. Dia harus terima hakikat bahawa zamannya telah datang dan lalu. 22 bulan zaman PH dia habis menghina DSN sebagai perompak, penjuri, pembunuh, penzina,dan sebagainya. Kerja tak jalan. Sekarang ini, rakyat senang dengan PN yang telah banyak memberi perhatian pada rakyat. Di kala negara menghadapi ancaman Covit-19, apa pentingnya untuk tukar kerajaan. Dulu PH jual aset negara dan menghancurkan ekonomi orang Islam di Malaysia, sebagai contoh untuk rujuklah pada kes Khazanah dan Tabung Haji. Nasihat saya, kita sebagai pembaca harus pandai membaca sejarah yang tersirat disebalik yang tersurat.

Comments are closed.