Seorang penduduk bertanyakan sesuatu dengan anggota polis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2020.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu dipercayai penduduk tempatan perumahan di sekitar Jalan Othman dan Jalan Selangor yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang menghulurkan wang kepada pihak luar untuk membeli barangan ditegur oleh polis dan tentera yang mengawal.

Mereka diarahkan untuk masuk ke dalam rumah masing-masing dan tidak keluar demi keselamatan dan menangani risiko penularan Covid-19.

Sejak jam 8.30 pagi tadi, beberapa warga emas kelihatan melepak di luar kediaman masing-masing yang ditutup dengan kawat duri.

Mereka kelihatan membayar kepada individu untuk membeli sayur, makanan dan sebagainya.

Bagaimanapun perbuatan mereka itu ditegur oleh pihak berkuasa.

Anggota berkenaan menasihati beberapa individu itu supaya bersabar dan masuk ke dalam rumah masing-masing sehingga bantuan dihulurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Salah seorang penduduk warga emas mengadu kepada anggota polis bahawa mereka tidak mempunyai barang keperluan seperti sayur dan sebagainya untuk menguruskan kehidupan seharian.

“Saya nak sayur and makanan.rumah takde sayur tuan susah mahu masak..saya bagi duit dekat kawan saya suruh belikan barang..,” dakwa warga emas itu.

Penduduk melihat suasana di hadapan rumahnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2020.

Bagaimanapun anggota itu menegaskan bahawa mereka tidak perlu bimbang memandangkan JKM akan menyalurkan bantuan keperluan asas yang diperlukan dari rumah ke rumah hari ini.

Uncle tolong jangan ambil barang dari orang luar dan jangan suruh mereka belikan… risiko tinggi penularan virus uncle..kita mahu pastikan uncle semua yang lain selamat di sini..tolong faham dan beri kerjasama masuk dalam rumah.

“Jangan risau, sayur ke apa ke semua barang penting yang uncle nak JKM akan hantar rumah ke rumah menjelang tengah hari nanti…uncle jangan bimbang,” nasihat anggota polis tersebut.

Malah, kereta polis turut melakukan rondaan di dalam kawasan perumahan yang dikepung kawat duri dan memberi teguran menggunakan pembesar suara meminta penduduk yang berada di atas jalan masuk ke dalam rumah masing-masing.

Meskipun kediaman di kepung, beberapa kedai runcit serta farmasi yang berada di hadapan seberang Jalan Selangor beroperasi seperti biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast