KUALA LUMPUR – Reman terhadap seorang pemandu lelaki yang didakwa memandu dalam pengaruh alkohol sehingga merempuh seorang anggota polis dilanjutkan tiga hari lagi hingga 13 Mei ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan perkara itu.
Reman pemandu itu sepatutnya berakhir hari ini.
Pemandu berkenaan disyaki memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh dan menyebabkan kematian seorang kematian anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 3 Mei lalu.
Suspek yang ditahan selama empat hari dibebaskan dengan jaminan polis pada 9 Mei lalu sebelum ditangkap semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor untuk disiasat di bawah Sek. 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan oleh polis trafik rafik untuk siasatan dibawah Sek 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 3 Mei lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek. – MalaysiaGazette