Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semula transaksi di kaunter secara berperingkat mulai esok.

Kaunter-kaunter JPJ akan kembali memulakan transaksi melibatkan penambahan tiga urusan iaitu untuk cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kali pertama bagi tukar hak milik dan pendaftaran baharu.

Selain itu, pengesahan biometrik pemunya baharu (pembeli) bagi urusan tukar hak milik secara sukarela (kenderaan persendirian) dan permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pembukaan kaunter JPJ ini juga selari dengan keputusan kerajaan pada 28 April 2020 yang bersetuju untuk membuka semula sektor ekonomi.

Menurutnya, kaunter-kaunter di JPJ akan beroperasi selama tujuh hari seminggu berkuatkuasa 15 Mei 2020 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala 16 Mei 2020 bagi lain-lain negeri.

Menurutnya, operasi tujuh hari seminggu ini akan berterusan sehingga arahan pemberhentian dikeluarkan.

Bagaimanapun, ia dikecualikan bagi hari cuti am yang telah diisytiharkan kerajaan.

”Objektif pelaksanaan tujuh hari seminggu ini adalah bertujuan untuk membolehkan urusniaga tertunggak diselesaikan secepat mungkin selain daripada mengelakkan kesesakan pelanggan sedia ada,” katanya.

Masa operasi bagi hari Sabtu dan Ahad/Jumaat adalah bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari manakala bagi kutipan hasil pula hanya transaksi secara epayment sahaja diterima.

Berikutan itu, Ka Seong meminta JPJ negeri dan cawangan meneruskan pelaksanaan saringan orang awam kepada transaksi yang dibenarkan sahaja walaupun kiosk dibuka.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu menjaga penjarakan sosial, memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagaimana dgn kelulusan no. plat lama yg telah diluluskn oleh pihak JPJ yg tempoh lakunya 3 bulan tp PKP tlh dilaksanakn selama 2 bln.. Adakah tempoh sah dianjakkan kpd 2 bln seterusnya? T. Ksh.

Comments are closed.